Telur Pindang Johor | T elur Pindang adalah makanan tradisi orang cina Malaysia dan telur pindang berasal dari negara china. Telur pindang banyak terdapat di negeri Johor, dan beberapa kawasan lain di bahagian selatan Malaysia. Walaupun asalnya adalah makanan tradisi orang cina, kini telur pindang sudah boleh diperolehi di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia. Biasanya telur ayam digunakan untuk membuat telur pindang. Telur ayam mentah akan direbus dengan herba-herba tertentu sehingga berubah warna kulitnya, sehingga berubah menjadi perang gel…
Jata Negeri Johor | Mahkota tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Empat bintang di sudut perisai putih itu menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau. Sementara bintang dan anak bulan di tengah pula melambangkan agama Islam. Dua ekor harimau melambangkan keberanian dan kekuatan. Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai maksudnya gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogan bagi negeri Johor dalam tulisan Jawi adalah “Kepada Allah Berserah”. Sumber : Jo…
Bendera Negeri Johor | Bendera Johor telah diisytiharkan sebagai bendera negeri Johor. Bulan sabit dan bintang putih itu melambangkan Raja berdaulat. Bendera ini telah digunapakai sejak penubuhan Kesultanan Johor Moden dan direka sepenuhnya oleh Sultan Sir Abu Bakar pada tahun 1871. Bendera Johor sangat berdaulat. Di zaman penjajah, bendera tersebut sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack - bendera British. Inilah hikmah kebijaksanaan Kesultanan Johor dalam memastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipert…
Stadium Sultan Ibrahim Johor | Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan raja negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sebagai stadium baru Johor Darul Ta'zim FC, pasukan kedua terhebat di Malaysia dibelakang Perak FA, untuk Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium itu menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebany…
Mee Siput Johor | Mee siput ni tak pasti asal usul dia dari mana tapi yang pasti mee siput ni popular di Johor terutamanya sekitar Muar dan Batu Pahat. Memang sejak kecil tekak dah sebati dengan mee siput ni. Ada juga yang menggelarkan sebagai mee keras, mee simpul atau maruku. Bagi orang Johor memang makanan ni paling popular ketika zaman persekolahan sebab mee siput murah berbanding dengan makanan lain. Bahan-bahan asas nak buat mee siput ni cuma tepung gandum, tepung sagu, ubat mee, pewarna kuning dan air. Lepas dicanai dan diuli ia akan di…
Find Us