Zoo Johor | Kebun binatang ini dibuka pada tahun 1928 oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar dan dinamakan sebagai Kebun Binatang, yang merupakan bahasa Melayu untuk Taman Haiwan, atau kebun binatang. Pada masa itu, Zoo Johor adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Pada 1 April 1962, kebun binatang itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Johor dan dibuka kepada umum pada tahun yang sama. Zoo Johor seluas 12.5 ekar terletak 1 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru dan merupakan satu-satun…
Sultan Johor | Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, diputerakan pada 22 November 1958 Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dididik dan diasuh untuk menjadi seorang Raja yang cerdik, berpengetahuan, berwibawa dan berdaulat. Tuanku mengikuti jejak langkah kesultanan sebelum baginda dengan melibat diri dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran yang dijadikan asas untuk membina semangat juang, disiplin, kepimpinan dan perwatakan. Kepimpinan Tuanku…
Jata Negeri Johor | Mahkota tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Empat bintang di sudut perisai putih itu menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau. Sementara bintang dan anak bulan di tengah pula melambangkan agama Islam. Dua ekor harimau melambangkan keberanian dan kekuatan. Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai maksudnya gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogan bagi negeri Johor dalam tulisan Jawi adalah “Kepada Allah Berserah”. Sumber : Jo…
Bendera Negeri Johor | Bendera Johor telah diisytiharkan sebagai bendera negeri Johor. Bulan sabit dan bintang putih itu melambangkan Raja berdaulat. Bendera ini telah digunapakai sejak penubuhan Kesultanan Johor Moden dan direka sepenuhnya oleh Sultan Sir Abu Bakar pada tahun 1871. Bendera Johor sangat berdaulat. Di zaman penjajah, bendera tersebut sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack - bendera British. Inilah hikmah kebijaksanaan Kesultanan Johor dalam memastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipert…
Stadium Sultan Ibrahim Johor | Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan raja negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sebagai stadium baru Johor Darul Ta'zim FC, pasukan kedua terhebat di Malaysia dibelakang Perak FA, untuk Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium itu menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebany…
Latar Belakang Negeri Johor | Nama Rasmi bagi negeri Johor (English - Johore) ialah Negeri " Johor Darul Taazim ". Pusat Pentadbiran atau ibu negeri Johor ialah Johor Bahru (dahulu dikenali sebagai Tanjung Puteri). Ketua Negeri bergelar Sultan manakalan Ketua Kerajaan dan juga penasihat Sultan adalah Menteri Besar. Lagu rasmi negeri Johor ialah " Allah Peliharakan Sultan ". Keluasan tanah negeri Johor ialah 18,985 km persegi (negeri kelima terbesar dalam Malaysia) manakala jumlah penduduknya ialah 2.96 juta (anggaran 2003) …
Find Us