Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru | Hospital Sultanah Aminah merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Hospital ini merupakan hospital yang unik di Malaysia kerana ia satu-satunya hospital berwarna merah. Hospital ini terletak di kawasan berbukit dan menghadap ke Selat Tebrau. Keluasan kawasan hospital ini adalah 98.6 ekar.

Hospital Sultanah Aminah telah menggantikan hospital yang terawal dibina di Daerah Johor Bahru pada tahun 1882. Ini kerana hospital yang pertama di Johor Bahru. Hospital Johor Bahru telah dibina pada tahun 1882. Hospital ini telah didirikan di kaki sebuah bukit berhampiran dengan asrama jururawat yang ada pada masa ini.

Pada peringkat awal, hospital ini hanya mengandungi sebuah wad sahaja. Pembinaan bangunan hospital yang awal ini daripada batu bata dan kayu, besar, lapang serta mempunyai siling yang tinggi. Ia juga mempunyai tingkap yang lebar bagi menghasilkan peredaran udara yang bersih dan lebih baik. Keadaan ini kekal sehingga terbinanya hospital yang lebih baik pada tahun 1929.

Pada tahun 1929, sebuah wad untuk pegawai-pegawai dinamakan "Officers Wad" dibina di atas Bukit Sah. Mempunyai 22 bilik dan dikhaskan untuk pegawai-pegawai bangsa Eropah dan Pengurus-Pengurus Ladang. Sebuah asrama untuk "Sisters" juga dibina dengan panggilan "Sisters Mess". Bangunan ini menghadap Selat Tebrau dan masih digunakan untuk tujuan asalnya sehingga ke hari ini.

Bagi Wad Kelas 2, ianya dibina tahun 1938 dan mula digunakan pada tahun 1939. Ianya mempunyai dua buah bangunan dua tingkat berhampiran dengan bangunan asrama jururawat. Sebuah bangunan untuk pesakit kelas dua lelaki dan sebuah lagi untuk pesakit kelas dua perempuan.

Sumber Info : Wikipedia 
Sumber Gamber : msnew

Hospital Sultanah Aminah

Post a Comment

0 Comments