Telur Pindang Johor

Telur Pindang Johor | Telur Pindang adalah makanan tradisi orang cina Malaysia dan telur pindang berasal dari negara china. Telur pindang banyak terdapat di negeri Johor, dan beberapa kawasan lain di bahagian selatan Malaysia. Walaupun asalnya adalah makanan tradisi orang cina, kini telur pindang sudah boleh diperolehi di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia.

Biasanya telur ayam digunakan untuk membuat telur pindang. Telur ayam mentah akan direbus dengan herba-herba tertentu sehingga berubah warna kulitnya, sehingga berubah menjadi perang gelap, manakala isinya (telur putih) akan berubah warna menjadi perang cair. Masa merebus bergantung kepada resipi, namun biasanya melibatkan masa panjang (sehingga beberapa hari).

Disebabkan rasanya yang unik dan berempah, serta proses masakannya yang agak rumit, telur pindang bukan menjadi menu bagi makanan harian. Telur ini dibuat lebih untuk hari-hari keraian serta untuk kenduri kahwin. Biasanya telur ini akan diberikan sebagai hadiah tradisi di kenduri kahwin orang Melayu Johor kepada tetamu. Satu lagi kelebihannya ialah telur pindang ini boleh tahan lama untuk dimakan, dan tidak basi sehingga 2 minggu.

Asal-usul Telur Pindang

Tidak terdapat sejarah yang jelas bagi masakan ini. Namun, dianggap telur pindang ini dibuat pada zaman dahulu sebagai lauk bekalan bagi pedagang-pedagang serta pengembara, sesuai dengan sifatnya yang tahan lama. Masyarakat Johor silam banyak terdiri daripada pedagang (orang Arab) serta pengembara dan pelaut (orang Bugis dan Jawa), yang memerlukan makanan bekal yang tahan lama serta mudah untuk dibawa ke mana-mana. Telur pindang memenuhi ciri-ciri ini.


Sumber : Wikipedia 
Gambar : Cookpad 

Telur Pindang Johor

Telur Pindang Johor

Post a Comment

1 Comments

  1. Sekiranya tempat saya berpindah ada kaldu, dan rasanya sangat sedap

    ReplyDelete