Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar | Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Masjid yang dibangunkan di atas puncak sebuah bukit pesisir Selat Tebrau ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai Masjid Putih,Terengganu serta negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3000 umat Islam bersolat.

Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Muhammad Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Datuk Yahya bin Awaluddin. Masjid ini juga merupa mercu yang memperbuktikan bahawa jurutera Melayu juga berkebolehan bina bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah dan Tanah Arab di hujung kurun 19.

Bangunan berempat persegi dan dipengaruhi oleh ciri-ciri senibina Islam. Masjid ini berbujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.

Sumber : Wikipedia
Gambar : Johor Kaki 

Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar


Alamat : Jalan Gertak Merah, Masjid Sultan Abu Bakar, 80000 Johor Bahru, Johor

Post a Comment

0 Comments