Kompleks Kraf Johor - Kraftangan Malaysia

Kompleks Kraf Johor - Kraftangan Malaysia | Kompleks Kraf Johor atau dikenali dengan panggilan KKJ merupakan destinasi persinggahan setempat pelancongan yang berkonsepkan seni ikonik dan budaya tempatan di selatan tanah air.

KKJ merupakan hub pemasaran utama bagi produk kraf tempatan dengan membawa pendekatan ‘Alami dan Rasai’ pengalaman estetika dan autentik melalui konsep perkongsian, penghayatan, dan pengalaman.KKJ bukan hanya semata-mata untuk dilawati, malah pengunjung berpeluang berpeluang memahami dan bermain alat muzik tradisional serta mempelajari pembuatan produk kraf serta menyertai aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dianjurkan seperti kraf interaktif, bengkel pembuatan seni kraf, demonstrasi kraf, persembahan muzikal serta aktiviti khidmat iring berkumpulan. Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.

Gambar : admin Vocab Johor 

Kompleks Kraf Johor - Kraftangan Malaysia

Tarikan Utama KKJ 
Kompleks Kraf Johor merangkumi beberapa komponen utama seperti :

Pusat Jualan

Menempatkan ruang jualan cenderamata Karyaneka dan Ole-Ole Johor yang menawarkan produk seni kraf autentik dan beridentitikan negeri Johor serta mengadaptasikan motif, fungsi dan ciri-ciri ikonik seni masyarakat setempat.

Kompleks Kraf Johor - Kraftangan Malaysia

Kompleks Kraf Johor - Kraftangan Malaysia

Pendidikan

Galeri Kraf Warisan – Mengetengahkan alat muzik tradisional negeri Johor. Pengunjung dapat meneroka sendiri dan diberi pendedahan kepada proses penghasilan setiap alat muzik seperti gambus, kompang, angklung, kempingan dan gamelan. Dengan berkonsepkan ‘Sentuh, Rasa dan Alami’ sendiri pengalaman bermain alat muzik tradisional ini, pengunjung berpeluang memahami dan mempelajari seni warisan dan budaya negeri Johor.

Perkampungan Kraf – Terdapat lima buah wakaf yang bercirikan perkampungan Melayu beroperasi setiap hari untuk memberi peluang kepada pengunjung melihat dan mempelajari pembuatan produk seni kraf. Di sini juga terdapat proses pembuatan alat muzik tradisional, patung wayang kulit, anyaman rotan, jahitan dan sulaman. Berkonsepkan pendidikan, Perkampungan Kraf memberi pengalaman yang amat bernilai bagi pengunjung merasai dan melihat sendiri cara penghasilan setiap produk kraf.

Kompleks Kraf Johor - Kraftangan Malaysia

Kompleks Kraf Johor - Kraftangan Malaysia

Pemakanan
Sebagai pelengkap sebuah destinasi pelancongan, Kompleks Kraf Johor turut menghidangkan pelbagai sajian makanan tradisional negeri Johor yang unik dan menyelerakan seperti laksa Johor, mee rebus, soto, asam pedas dan sup tulang merah.

Pusat Pembelajaran
KKJ merupakan pusat informasi kraf yang boleh didapati di Johor Bahru. Ia menyediakan aktiviti perkongsian ilmu melalui bahan informatif, produk kraf, temubual secara langsung bersama usahawan, aktiviti demonstrasi pembuatan produk kraf dan maklumat atau input mengenai kraf.

Kompleks Kraf Johor - Kraftangan Malaysia

Kompleks Kraf Johor - Kraftangan Malaysia

Kompleks Kraf Johor - Kraftangan Malaysia

Kemudahan/Fasiliti
Mempunyai ruang sewaan seperti bilik seminar atau kursus yang dapat menampung 30 hingga 50 orang peserta yang dilengkapi dengan pendingin hawa, sistem audio, projektor dan skrin layar.

Waktu Operasi
Dibuka : Ahad hingga Sabtu (setiap hari)
Waktu : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Kompleks Kraf Johor
Lot.PTB 20002, Jalan Chenderasari Off Jalan Datin Halimah
80350 Larkin Johor
Tel:07-2350433 Faks:07-2350432

Post a Comment

2 Comments

  1. Antara kraftangan yang aktif ... saya sensiri x pernah sampai sini

    ReplyDelete
  2. suka sangat tempat ni..macam2 ada...

    ReplyDelete