Bendera Negeri Johor | Bendera Johor telah diisytiharkan sebagai bendera negeri Johor. Bulan sabit dan bintang putih itu melambangkan Raja berdaulat. Bendera ini telah digunapakai sejak penubuhan Kesultanan Johor Moden dan direka sepenuhnya oleh Sultan Sir Abu Bakar pada tahun 1871.
Bendera Johor sangat berdaulat. Di zaman penjajah, bendera tersebut sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack - bendera British. Inilah hikmah kebijaksanaan Kesultanan Johor dalam memastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipertahankan. Bangsa Johor khusunya perlu menghayati setiap falsafah di sebalik simbol bintang bulan dan warna-warna pada bendera Johor.
Maksud bendera Johor, anak bulan dan bintang yang berwarna putih melambangkan agama Islam dan kesultanan Johor yang berdaulat. Sementara warna merah pula, melambangkan keperwiraan dan keberanian rakyat jelata Johor dalam mempertahankan negeri Johor. Manakala warna biru tua pula melambangkan perpaduan kerajaan negeri Johor.
Hasil kebijaksanaan Kesultanan Johor, pada 1885, United Kingdom bersetuju untuk menandatangani satu perjanjian dengan Johor di mana negeri itu diiktiraf sebagai sebuah negeri merdeka yang mampu mengendalikan pentadbiran sendiri. Sebab itulah pegawai tinggi British yang ditugaskan ke Johor hanya bertindak sebagai konsultan, bukannya penasihat, seperti di lain-lain negeri di Tanah Melayu ketika itu.
Dan disebabkan itu juga Kesultanan Johor ketika itu boleh memilih untuk mengenepikan pandangan pegawai tinggi British dalam pengurusan negeri berkenaan di era penjajah. Kedua-dua faktor di ataslah yang membolehkan bendera Johor dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack di zaman kolonialis. Ini bermakna bahawa kedaulatan sultan Johor dan bumi Johor sentiasa dihormati oleh British walaupun di zaman penjajah.
Tahukah korang di negeri Johor juga terdapat bendara Di-raja?
Setiap kerabat Di-raja Johor iaitu terdiri daripada Sultan dan Sultanah Johor, Pemangku Raja dan Tunku Mahkota Johor punyai benderanya yang sendiri. Malah terdapat juga bendera khas untuk Dato’ Menteri Besar Johor.
Di negeri Johor, dahulunya setiap pembesar daerah atau digelar Orang Besar Daerah juga mempunyai bendera masing-masing iaitu di daerah Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.
Hari ini, jawatan tersebut telah ditukar kepada Pegawai Daerah dalam pemerintahan moden Johor dan hari ini, bendera-bendera daerah sudah tidak digunakan lagi dalam acara rasmi.
Selain itu,sejak 3 Mac 2015,Johor telah ada bendera-bendera daerah di seluruh Johor.
Sumber : C&P Google
Gambar : Facebook
1 Comments
Hi selamat tengah hari. Baiklah? Saya orang Brazil, dari Rio de Janeiro dan saya ingin mempersembahkan Blogger Perjalanan dan Pelancongan saya. Rakan-rakan baru dialu-alukan, tidak kira jarak. Saya ingin menjemput anda untuk mengikuti Blogger saya.
ReplyDeletehttps://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1