Sultan Johor | Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, diputerakan pada 22 November 1958 Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dididik dan diasuh untuk menjadi seorang Raja yang cerdik, berpengetahuan, berwibawa dan berdaulat. Tuanku mengikuti jejak langkah kesultanan sebelum baginda dengan melibat diri dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran yang dijadikan asas untuk membina semangat juang, disiplin, kepimpinan dan perwatakan. Kepimpinan Tuanku…
Kompleks Kraf Johor - Kraftangan Malaysia | Kompleks Kraf Johor atau dikenali dengan panggilan KKJ merupakan destinasi persinggahan setempat pelancongan yang berkonsepkan seni ikonik dan budaya tempatan di selatan tanah air. KKJ merupakan hub pemasaran utama bagi produk kraf tempatan dengan membawa pendekatan ‘Alami dan Rasai’ pengalaman estetika dan autentik melalui konsep perkongsian, penghayatan, dan pengalaman.KKJ bukan hanya semata-mata untuk dilawati, malah pengunjung berpeluang berpeluang memahami dan bermain alat muzik tradisional sert…
Telur Pindang Johor | T elur Pindang adalah makanan tradisi orang cina Malaysia dan telur pindang berasal dari negara china. Telur pindang banyak terdapat di negeri Johor, dan beberapa kawasan lain di bahagian selatan Malaysia. Walaupun asalnya adalah makanan tradisi orang cina, kini telur pindang sudah boleh diperolehi di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia. Biasanya telur ayam digunakan untuk membuat telur pindang. Telur ayam mentah akan direbus dengan herba-herba tertentu sehingga berubah warna kulitnya, sehingga berubah menjadi perang gel…
Jata Negeri Johor | Mahkota tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Empat bintang di sudut perisai putih itu menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau. Sementara bintang dan anak bulan di tengah pula melambangkan agama Islam. Dua ekor harimau melambangkan keberanian dan kekuatan. Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai maksudnya gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogan bagi negeri Johor dalam tulisan Jawi adalah “Kepada Allah Berserah”. Sumber : Jo…
Bendera Negeri Johor | Bendera Johor telah diisytiharkan sebagai bendera negeri Johor. Bulan sabit dan bintang putih itu melambangkan Raja berdaulat. Bendera ini telah digunapakai sejak penubuhan Kesultanan Johor Moden dan direka sepenuhnya oleh Sultan Sir Abu Bakar pada tahun 1871. Bendera Johor sangat berdaulat. Di zaman penjajah, bendera tersebut sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack - bendera British. Inilah hikmah kebijaksanaan Kesultanan Johor dalam memastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipert…
Stadium Sultan Ibrahim Johor | Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan raja negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sebagai stadium baru Johor Darul Ta'zim FC, pasukan kedua terhebat di Malaysia dibelakang Perak FA, untuk Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium itu menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebany…
Mee Siput Johor | Mee siput ni tak pasti asal usul dia dari mana tapi yang pasti mee siput ni popular di Johor terutamanya sekitar Muar dan Batu Pahat. Memang sejak kecil tekak dah sebati dengan mee siput ni. Ada juga yang menggelarkan sebagai mee keras, mee simpul atau maruku. Bagi orang Johor memang makanan ni paling popular ketika zaman persekolahan sebab mee siput murah berbanding dengan makanan lain. Bahan-bahan asas nak buat mee siput ni cuma tepung gandum, tepung sagu, ubat mee, pewarna kuning dan air. Lepas dicanai dan diuli ia akan di…
Latar Belakang Negeri Johor | Nama Rasmi bagi negeri Johor (English - Johore) ialah Negeri " Johor Darul Taazim ". Pusat Pentadbiran atau ibu negeri Johor ialah Johor Bahru (dahulu dikenali sebagai Tanjung Puteri). Ketua Negeri bergelar Sultan manakalan Ketua Kerajaan dan juga penasihat Sultan adalah Menteri Besar. Lagu rasmi negeri Johor ialah " Allah Peliharakan Sultan ". Keluasan tanah negeri Johor ialah 18,985 km persegi (negeri kelima terbesar dalam Malaysia) manakala jumlah penduduknya ialah 2.96 juta (anggaran 2003) …
Pulau Tioman Johor | Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang (Discover Tioman, 2012). Menurut kisah dongeng yan…
Kuda Kepang Johor | Tarian kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia dan dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan Kuda Kepang kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor , dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian. Cara permainan Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk m…
Masjid Sultan Abu Bakar | Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000. Masjid yang dibangunkan di atas puncak sebuah bukit pesisir Selat Tebrau ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai Masjid…
Find Us