Laksa Johor

Laksa Johor | Laksa Johor merupakan sejenis makanan berasaskan kepada Laksa yang sangat popular di Negeri Johor. Kini makanan yng menjadi ikon Negeri Johor ini telah pun jadi makanan kebangsaan kerana ia boleh didapati dibeberapa premis lain diseluruh negara. 

Laksa Johor juga merupakan sebahagian daripada makanan berasaskan nama Laksa selain daripada Laksa Penang, Laksa Sarawak, Laksa Melaka, Laksa Terengganu, Laksa Kari dan banyak lagi. Apa pun makanan laksa menggabungkan jenis mee, kuah dan juga beberapa ramuan lain yang dimakan sebagai hidangan istimewa. 

Makanan ini sering dihidangkan kepada ahli keluarga pada waktu tengahari, petang dan malam tetapi jarang dihidangkan pada waktu pagi. Paling ketara adalah jenis laksa ini dihidangkan semasa jamuan seperti rumah terbuka, majlis rasmi dan sebagainya. Laksa Johor memang dipercayai memang berasal dari Negeri Johor semenjak dulu semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar lagi. Ia dimakan oleh semua golongan masyarakat kerana rasanya yang lemak, masam, manis, pedas dan mengenyangkan. 

Kini Laksa Johor banyak dijual di restoren, pasar malam, gerai-gerai di pusat membeli belah, gerai biasa malahan ada dilaporkan penjaja yang menjual laksa ini. Adalah tidak menjadi kehairanan jika makanan Laksa Johor ini sentiada dhidangkan dibanyak hotel sebagai satu makanan yang istimewa.

Sumber : Anim Agro 
Gambar : Admin Vocab Johor 

Laksa Johor

Laksa Johor


Post a Comment

1 Comments